[Intro:]
di sini kasih pernah berbunga
tiada harum tiada warna..
di sini cinta pernah membara
tanpa bahang dan tanpa apinya..
begini yang kurasa..
hidup kita berdua..
di sini langit mendung selalu
tiada cahya menyinariku..
di sini aku tiada terdaya
mengikut kata tanpa bicara..
kerana engkau tahu..
aku tidak sepadan.. denganmu..
[Brige:]
[Reff:]
hubungan kita.. suatu persinggahan..
bukan pengabadian.. yang rela..
pemergianku.. oh kerana terpaksa..
demi hidup yang lebih.. sempurna..
anggaplah kehadiranku..
hanya satu persinggahan..
aku tidak menjanjikan..
mahligai impian..
sebagaimana kau harapkan..
[Musik:]
biarlah jauh dari pandangan
daripada dekat penuh siksa..
biar berduka biar melara
dari sengketa sepanjang masa..
janganlah engkau harap..
ku menghambakan diri..
nanti kau tahu artinya sepi
bagaikan pisau menghiris hati..
nanti kau tahu artinya rindu
bagai tertusuk duri sembilu..
batin akan tersiksa..
jasad pasti merana.. olehNya..
[Brige:]
[Reff End:]
hubungan kita.. suatu persinggahan..
bukan pengabadian.. yang rela..
pemergianku.. oh kerana terpaksa..
demi hidup yang lebih.. sempurna..
anggaplah kehadiranku..
hanya satu persinggahan..
aku tidak menjanjikan..
mahligai impian..
sebagaimana kau harapkan..
hanyalah satu.. persinggahan..
(Tribunnews.com)