TRIBUNKALTARA.COM - Simak kumpulan pantun, berisi pantun Melayu penuh petuah tentang nasihat bijak warisan leluhur, Kamis (23/11/2026).
Masyarakat Melayu menganggap pantun sarana menyampaikan pesan moral yang halus namun tepat mengena ke dalam konteks.
Pantun juga mengandung kebijaksanaan yang diwariskan turun-temurun dan tampak relevan hingga hari ini.
Kumpulan pantun Melayu berikut ini berisi nasihat bijak, petuah yang sarat makna.
Selain untuk panduan norma kehidupan, pantun Melayu ini juga bisa menjadi pengingat nilai kerohanian masyarakat.
Kumpualn pantun Melayu di bawah ini bdapat digunakan untuk acara-cara penting, seperti pertemuan, maupun percakapan santai dalam keluarga.
Dengan kata-kata sederhana yang sarat makna, diharapkan kehadiran pantun Melayu ini bisa menjadi referensi pengingat nilai moral.
Kumpulan pantun Melayu
1. Jangan suka nak merapah pagar,
Merapah pagar kaki terpuruk.
Jangan suka nak berkata kasar,
Berkata kasar budinya buruk.
2. Kapal anjiman dari Cina,
Singgah bermuat papan jati.
Amal dan iman biar sempurna,
Tidaklah jadi sesal di hati.
3. Ikan belanak dalam tapisan,
Orang membubu di Kuala Dungun.
Ayuhai anak ingat pesanan,
Kalau jatuh cepatlah bangun.
4. Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur tepi telaga.
Tidak salah berkenal mesra,
Tata susila perlulah dijaga.
5. Buah ganja makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu.
Barang kerja hendaklah pikir,
Supaya jangan mendapat malu.
Baca juga: 20 Pantun Hari Jumat, Ajakan Ibadah Salat Jumat hingga Sedekah, Warga Kaltara Bisa Bagikan
6. Kembang indah menawan hati,
Sayang terkerat di tengah hari.
Cinta itu laksana api,
Tersalah hemat membawa diri.
7. Jangan suka menganyam nyiru,
Nyiru dianyam di tepi tasik.
Jangan suka menanggung rindu,
Rindu datang bawa penyakit.
8. Medang sila buahnya cantik,
Jatuh menimpa ke pasu bunga.
Dengan sebab nila setitik,
Habis rosak susu sebelanga.
9. Naik bukit pergi Asahan,
Bayar niat mudah-mudahan.
Sungguhpun songket kain pilihan,
Tapi tak boleh buat basahan.
10. Pagi-pagi kapal berlabuh,
Singgah di Bentan membeli kopi.
Bangun pagi sembahyang Subuh,
Minta Tuhan tambahkan rezeki.
11. Zanjabela nama putri,
Putera sultan askun ahmad.
Barang siapa taukan diri,
Kemana pergi dapat selamat.
12. Dari hulu turun ke pekan,
Sampannya rosak di tengah hari.
Kalau selalu ingatkan Tuhan,
Apa dipinta pasti diberi.
13. Telipuk dibelah-belah,
Dengan sebelah di punggung pinggan.
Telunjuk kami diberi Allah,
Buat pembalut kapur berjintan.
14. Kayu pantai di kota Alam,
Pantainya sendi bersendi.
Jika engkau pandai di alam,
Patah tumbuh hilang berganti.
15. Limau manis tiga serangkai,
Taruh mari di kebun cina.
Mulut manis jangan dipakai,
Banyak orang sudah terkena.
16. Kalau tuan merendang telur,
Jangan terlupa telur yang masin.
Kalau tuan sudah mahsyur,
Jangan lupakan keluarga yang miskin.
17. Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa.
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.
18. Pokok senduduk baru berbunga,
Daunnya habis dimakan api.
Selama-lama hidup di dunia,
Seribu tahun lawannya mati.
19. Jangan geraji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat.
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.
20. Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai.
Pilih-pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua menjadi.
21. Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak.
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.
22. Tali-temali pengikat lukah,
Jalan menuju arah ke paya.
Sepuluh kali pergi ke Mekkah,
Fasal nafsu usah percaya.
23. Bendahara mudik berkakap,
Balai selasa kembang pelangai.
Saudara jangan berbesar cakap,
Jaga-jaga pegang perangai.
24. Apa berdebuk seberang pekan,
Buli-buli nak yang kena jerat.
Buah yang mabuk jangan dimakan,
Batang berduri jangan dipanjat.
25. Jangan suka meratah kerang,
Kerang di panci menelan cuka.
Jangan suka memfitnah orang,
Orang benci Tuhan pun murka.
(*)